Ahad, 30 Oktober 2011

kenapa wanita cepat nampak tua dan gemuk???

Ada segelintir kaum suami..bila isteri dah tak cantik,nampak tua ,gemuk.....mulelah nk cari perempuan lain. maklumlah diorg ni perasan yg diri dia tu hensem sgt...malulah nk berjalan dgn isteri tak cantek ni..huh!
tapi tahukah anda semua wahai kaum suami sebab sebab yang menjadikan para wanita khususnya ibu kepada ank2 anda tidak nampak menarik di mata anda??

1.tahukah anda jika kita makan dgn perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar benar hancur,itu akan membantu proses penghadaman kita,sekaligus mengelakkn kita gemuk...tetapi kesian kaum ibu ni,terpaksa makan dgn laju,telan terus,tak sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yg menangis.tapi si suami..layan sambung makan,buat buat tak dengar je ank nagis.jadi wanita ni mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul betul.

2.wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yg tak suka membazir.makanan yg tak habis dimakan anknya,maka dialah yg perabehkannye pulak.sayang katanya..takut membazir.membazir tu kan amalan syaitan.si suami pulak dengan selambe je ckp"kau ni kuat betul makan!"huhu...

3.bila anak nangis tengah malam nak susu,bapaknya akn tido mati terus.kalau yang dengarpon buat buat tak dengar je sebab malas nak bangun,malas nak ganggu tidur.wanita lah yang dalam satu malam berapa puluh kali terpaksa bangun buat susu anak... bila tak cukup tidur,mulalah muka nampak letih,kusam.cepatlah nampak tua.kedut kedutpun mula wujud.masatu gunalah total effect ker...ape ker....takkan nk hilangnya.petua utk cantikkan ada dua yang penting..minum air banyak dan tidur yang secukupnya.

4.dan bagi wanita yang bekerjaya,sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga,bila balik rumah semuanya dialah yg kena uruskan.dengan perangai anak anak,perangai bapaknya...nak itu..nak ini...wanitapun mulalah membebel,marah marah.maklumlah letih...nak ambik bibik takut pulak.. lain  jadinya...jadi cepatlah tua wanita ni sbb banyak leter.

oleh itu...wahai encik encik suami,hargailah segala pengorbanan isteri anda.mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada,dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara,mungkin anda tidak mampu melakukan seperti dia.....

Tiada ulasan: