Selasa, 1 November 2011

jangan marah marah

erm..nak tazkirah siket ni..bukan apa...tak salahkn kita berkongsi ape yg kita tau...kite ni selalu cepat marah...tak boleh silap sikit..mulelah nk marah..tak boleh tegur sikit...mulelah nk melenting....sebenarnya klu kita menghindari dari sifat amarah tu...balasan baik yg kita akan dapat.marilah sama sama kita cuba buangkan sifat amarah kita..diharap dgn kisah yg akan saya coretkan ni menjadi tauladan pada kita.

Abu Hurairah Said Al-Magburi meriwayatkan:"ada seorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar.ketika itu Rasulullah duduk disebelahnya.Nabi diam saja.begitu juga dgn  Abu Bakar.selepas orang itu selesai memaki hamun dgn mengeluarkan kata kata kesat,Abu Bakar membalas makian itu,tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.
Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: Ya Rasulullah,dia memaki saya dan engkau pula diam.ketika saya menjawab maki hamun itu,tiba tiba engkau bangun lalu pergi.
Rasullullah lantas menjawab"sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian itu kepadanya ketika engkau diam,tetapi ketika engkau membalas makian itu,maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.."
Rasullullah kemudian bersabda lagi:Allah akan memuliakan hambanya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil megharapkan keredhaan allah."
Abu Said Al Khurdi pula berkata.Rasullulah ada bersabda"awaslah kamu dari sifat marah kerana marah itu menyalakan api didalam hati anak Adam.maka sesiapa yg berasakan demikian ketika berdiri,hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."
Abu Hurairah Al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda;"sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan amarahnya dgn sabar,maka allah akan mengisi hatinya dgn keredhaan pada hari kiamat."

erm...begitu besar balasannya klu kita ni dapat menahan marah...tp agak2 boleh ke nk tahan marah tu?
bila kita rase nk marah, ingtlah kita ni manusia biasa yang hina.banyakkn beristighfar dan Ta'awwuz(a'uzubillahi minas syaitannirajim) krn marah itu datangnya dr syaitan.berwhuduk.pastu cuba tgok kat cermin muka kita klu tgh marah..bibir muncung sejengkal..mesti tak lawa kan.hehehe.

Tiada ulasan: