Isnin, 20 Februari 2012

jiran..oh jiran...

Erm...lamanya tak jenguk blog ni...berhabuk,bersawang..sume ada.. Hehe. Arini nak tanya sikitlah pendapat korang yg dah ada anak.. Korang marah tak bila ada jiran menegur anak2 korang bila dia ada buat salah??? Inilah yang terjadi pada saya sebenarnya... jiran saya ni dah setahun lebeh pindah di sebelah rumah saya ni. Anak dah besar2,ade 3 org lagi yang maseh kecil,2orang perempuan darjah 5 dan 5tahun,seorang lagi lelaki 6tahun,anak anak sayapon seronok sangatla dapat kawan baru. Sejak mereka pindah sinilah baru saya lepaskan anak2 saya bermain diluar pagar rumah. Apa yang saya perhatikan,jiran saya ni tak boleh budak2 lain ngusik anak dia.biasala budak2,bila bermain,kadang kadang bergaduh.anak dia mesti mengadu kat emak dia,biasala tu kan..anak2 saya pon selalu jugak mengadu.Saya dan suami cuma nasihatkan anak saya je la supaya main elok2..takmo gaduh2..Tapi jiran saya ni bila anak dia mengadu je,dia akan marah pada budak yang buat anak dia ni.Dia marah bukan sikit sikit,sampai selok selok budak tu nangis,takutkan budak tu nak repot polis la,tarik telingala. Ramai jugakla budak budak kawasan saya ni yg pernah kena marah dgn dia .Tapi jiran jiran saya yang lain cume senyap je.. malas nak panjang2 cite. Tapi anak2 saya tak pernah lagila kene marah dengan dia. Masalahnya anak dia ni pon nakal jugak. Anak saya yg kecik tupon selalu menangis kene dengan anak dia. Kadang kadang tu naik rimas jugak..bila tak bagi main kat luar kasihan plak dekat dia,bila bagi main mesti menangis.Mungkin anak anak saya ni tak ganas sangat kot. Cembeng..sikit sikit nangis.Baru baru ni nak dijadikan cerita anak anak dia bermain di rumah saya.keluar masuk,keluar masuk,sayapon naik rimas jugakla..Habes satu rumah dia jelajah,kedapur,kebilik.Esoknye tu dia datang lagi bermain dikawasan rumah saya..anak saya masok dlm rumah nak ambik mainan,diapon selamba jugaklah masok nak ikut anak saya ambik permainan dalam bilik,sayapon tegurlah...sebabnya tgok mcm tak boleh dibagi muka..Takdela marahpon.Cakap elok2 la .Pastu dia pergi mengadu kat emak dia kata saya marah dia masuk rumah saya.Saya tak kisahpon dia nak mengadu..rumah saya..suka hati sayalah nak bagi orang masok ke tak. Lagipun saya tak ajar anak anak saya bermain kat dalam rumah orang.Anak dia pulak bercerita pada anak saya..Katanya dia cakap dekat emak dia yang saya marah dia.Emak dia cakap pulak lepasni kalau anak saya pergi main dekat rumah dia,dia nak datang marah saya...Heh..macam tu ke ajar anak??? Nak kata saya ni pandai sangat jaga anak tu takla. Tapi patut ke dia cakap macam tu pada anak dia?? Kalau saya lah..saya alu alukan sangat orang marah anak saya klu dia masok main kat dalam rumah orang.Baru la budak2 tu reti,,paham..lepas ni dia tak masok dah rumah orang. Sebab anak anak saya ni tak takutpon kalau saya marah.Diorang cume takut dengan abah dia je. Anak sayapon pernah juga sekali tu kene tegur dengan orang dekat rumah saya ni,sayapon masih lagi berkawan baik dengan orang tu.Dia balik rumah dia mengadu pada saya. Katanya Cikyah marah.Saya tanya kakak buat apa sampai Cikyah marah? Dia cakap anak Cikyah tu kacau dia dengan kawan2 dia,pastu diorang ramai ramai ejek kata budak tu gila.Saya marah semula anak saya..yang pergi cakap orang gila tu kenapa..memang patutpon kene marah.huhu..
2hari lepas tuan rumah jiran saya ni datang suruh dia pindah habes bulan ni.Katanya adek tuan rumah tu nak duduk rumah tu.Jiran jiran saya yang lain semua setuju sangat sebab diorang mmg tak berkenan dgn dia. Kalau nak diikutkan hati, sebenarnya sayapon bengang jugak dengan sikap dia tu,tapi kasihan pulak dengar dia nak kene pindah.Iyelah..bukan senang nak cari rumah,letih tu nak pindah randah,kalau dapat rumah jauh dari sini,nak kene tukar sekolah anak anak lagi. Hurm..apa2pon saya nasehatkan pada kawan kawan yang dah ada anak tu,budak budak bergaduh tu biasalah..tak perlulah orang tua nak masuk campur,tengok keadaan la,kalau sampai luka tu kene la. Budak budak kalau bergaduh tu sekejap je,orang tua kalau dah bergaduh,lama...

2 ulasan:

nanonano berkata...

Ayayayaiii cerita psl perilaku mak bapak kpd anak2 ni, sy pun ade gak kes yg menyentap hati dgn abg/ipar terdekat, u know la kan sape? Hehe hanya kuatkan hati, brsabar je lah, spatutnye kite dh ade anak kne faham & ajar anak tu leklok bkn tunjukkan peel yg xspatutnye, dan jd ikotan pd anak tu, sgt sgt menjengkelkan!

che mastura berkata...

hehe...ye la,sama samalah kite bersabar ye nor.. tak memberi contoh yg baik pada anak2 dan juga kita yg lebeh muda dari dia.