Selasa, 21 Februari 2012

maafkanku wahai suamiku...

Dalam berumah tangga,mesti ada perselisihan faham. Bak kata pepatah lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. Kita haruslah saling memahami dan bertolak ansur. Cerita saya hari ni adalah kisah yang terjadi pada saya baru-baru ni. Ianya betul-betul membuatkan saya insaf dan sedar akan kesilapan saya walaupun ia hanyalah sebuah mimpi.
          Baru-baru ni saya ada selisih faham sikit dengan en.suami. Sebenarnya bukan  salah diapon,saya je yang  emo tak tentu pasal. Pastu sayapon merajukla..Biasela orang perempuan,tak lekang dari sifat suka merajuk. Saya ni pulak kalau dah merajuk mulala mendiamkan diri.tak suka bercakap. walaupon en.suami bercakap baik dengan saya,cuba memujuk,saya tetap dengan sikap saya.DIAM. Jual mahal..huhu. Buat tak tahu je. Kebiasaanya kami kalau bergaduh tak lame,sebab suami saya seorang yg penyayang, berhati lembut,mudah tersentuh..Hati je lembut,tapi dia tak lembut okay..dan satu lagi,dia mudah menangis.hehe. Tapi kalau dia dah naik angin..habislah... Bila  sejam dua dah berlalu, hati saya dah sejuk,saya akan minta maaf dengan dia. Dan dengan mudah dia akan maafkan saya. Tapi aritu marah saya lama la pulak. Pada tengahari tu sebelum dia pergi kerja,dia datang pada saya yang sedang duduk di sofa sambil menonton tv.Dia tanya pada saya apa salah dia,apa yg membuatkan saya muncung dari pagi tadi sambil membelai belai rambut saya. Tapi saya cuma senyap je. Lepastu dia hulurkan tangan untuk bersalam dengan saya sebab dia dah nak pergi kerja. Tapi saya tetap buat tak tahu je. tangan yang dihulur langsung saya tak sambut. Tak tahulah setan ape ntah yg dah masuk dalam badan saya aritu.huhu.
            Tak lama tu dia talipon saya,masih lagi memujuk,saya tetap senyap.Pastu saya dengar suara dia terketar-ketar.Dia sedang menangis.Terus saya letak talipon. Ya Allah..kejamnya saya pada masatu. Semoga Allah s.w.t  ampunkan dosa saya.hukhuk. Aritu dia balik kerja lewat sebab banyak kerja. dia talipon saya bgtau lepas balik kerja dia nak pergi jumpa customer,kalau nak ikut siap-siaplah. Hati dah mula sejuk. Lepas maghrib tu saya dengan anak-anakpon bersiap siaplah utk keluar. Dia balik rumah tetap dengan senyuman walaupon siang tadi saya dah menyakitkan hati dia. Dia masih lagi bercakap lembut dengan saya.Sikitpon dia tak marah akan sikap saya tadi. Bila dah keluar tu okla.. Bila balik semula dirumah tetiba rasa nak marah semula..hehe. Sambung merajuk yang siang tadi.hehe..macam tupon adakan..huhu. Saya ambik bantal dalam bilik tanpa sepatahpon saya bercakap dengan dia yang sedang duduk santai atas katil,terus saya keluar bilik tido dengan anak anak. Sebelum ni saya tak pernahpun buat macam tu.Biasa kalau merajukpun saya tak pernah tinggalkan dia tidur keseorangan.

          Malam tu tengah best best tido,saya bermimpi,saya keluar berjalan-jalan naik moto dengan kawan saya. Kami sesat.Tak jumpe jalan balik. Puas pusing-pusing cari jalan keluar,tapi maseh dikawasan tu jugak. Tiba-tiba angin bertiup kencang,saya tengok daun-daun yang gugur habes berterbangan.. binatang binatang sume lari. Ada seorang lelaki ni berteriak pada saya suruh balik rumah sebab hujan lebat nak datang..Dari jauh lagi dah kedengaran bunyi hujan. Sayapon berteduhla di sebuah bangsal..ramai orang berteduh kat situ.Tetiba petir kuat berdentam dentum dibumbung garaj tu.Saya lari kehulu kehilir untuk lari dari petir tu.Petir tu seolah olah mengejar saya.Masatu rasa takut sangat. Dengan tak semena-mena keluar petir yang paling kuat menuju ke bangsal tu.Lampu yg ada pada bangsal tu pecah,pokok yang ada ditepi bangsal tu patah dahannya. Saya tergamam sekejap kat situ.Tiba-tiba saya rase seolah ada sesuatu yang lekat ditekak saya..Saya tak boleh bercakap.Saya jadi bisu. Suara langsung tak boleh keluar.Puas saya cuba bercakap,tapi seperti ada bende tersangkut ditekak saya.Ya...saya betul-betul dah jadi bisu.Terus saya terjaga. Masatu jantung saya berdegup kencang,saya istighfar banyak-banyak.Naseb baik ia hanyalah mimpi.Saya menangis kejutkan suami saya yg sedang tidur dalam bilik. Saya minta ampun dengan dia.Saya minta maaf dengan dia sambil tersedu sedan. Ianya betul-betul buat saya insaf. Suami saya memujuk saya supaya berhenti menangis dan dia dahpun memaafkan saya. Saya langsung dah tak boleh nak sambung tidur.Apa yang saya buat hanyalah menangis hingga ke subuh. Saya reminder balik apa yang saya dah buat pada suami saya haritu. Dia bercakap dengan saya,langsung saya tak endahkan.Senyap je. Sebabtulah Allah s.w.t berikan saya mimpi macam tu. Dia turunkan petir untuk memanah saya sebab saya tak sambut salam suami saya.Dia jadikan saya bisu sebab saya tak bercakap dengan suami saya.Pagi esoknye tu sewaktu bersarapan,saya ceritakan mimpi saya tu pada suami saya. Saya  katakan padanya yang saya maseh takut lagi. Dia pujuk saya,dia cakap..takda apalah,mainan tido je tu. Pada saya itu bukan mainan tidur,itu peringatan dari Allah s.w.t untuk saya. Syukur saya maseh lagi bersuara.
        Saya kongsikan kisah saya ini untuk sama-sama kita ambil iktibar.Tuhan berikan kita suara,janganlah kita sia-siakannya. Gunakanlah suara itu dengan sebaik baiknya,kerana saya dah rasa bagaimana rasanya bila menjadi bisu.hukhuk. Pesanan saya janganlah merajuk dengan ibu bapa sampai taknak bertegur,jwab pertanyaan ibu bapa dengan sejujur jujurnya. Dan pada yang sudah berumah tangga,kalau merajuk macam manapon dengan suami,cakap..jangan buat taknak cakap dengan dia.Sesungguhnya syurga seorang isteri dibawah telapak kaki suami.
       

2 ulasan:

ZWAN SABRI berkata...

seram sejuk baca mimpi kak tu.. HUHU

che mastura berkata...

ye..cukup menginsafkan saya..huhu