Rabu, 16 November 2011

orang minyak

baru kejap chat la dgn member yg skrg berada di kampong.member tu ckp kampong saye skrg ni tgh kecoh dgn kehadiran orang minyak... isk..zaman moden skrg nipon wujud lagi orang minyak...haish! sape orang minyak ni?ape tujuan dia?hurm....
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.
Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.[1]
Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958.

Matlamat

Orang minyak bertujuan bagi memudahkan menceroboh ke dalam rumah bagi matlamat tertentu.

Kelebihan

Orang minyak mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah. Selain itu ia dikatakan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Mampu melekat pada siling seperti cicak. Mampu juga naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan pelesit.

Kelemahan

Sekiranya seseorang itu tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidurnya harus ditaburi dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira. Untuk menangkap Orang Minyak, apabila Orang Minyak itu telah dikepong, ia harus diselubungkan dengan kain batik lepas untuk melemahkannya. Hanya setelah diselubungkan dengan kain batik lepas baru boleh digigit ibu jari Orang Minyak itu untuk menghapuskannya. malahan ia juga takut dengan cermin , Allahuallam .

Penelitian secara ilmiah

Kemungkinannya ia bermula dengan pencuri yang melomorkan dirinya dengan minyak agar sukar ditangkap kerana licin. Minyak yang gelap juga akan menjadikan dirinya sukar dilihat pada waktu malam, sunggupun ia membahayakan dirinya ketika memanjat. Pada 24 November 2006, seorang pencuri yang melomorkan dirinya dengan minyak telah di tahan di kampung Tawas, Malaysia. [3]

copy & paste from wikipedia

ye ke yang ade kat kampong saye sekrang ni orang minyak yg tuntut ilmu hitam?? ntah ntah.............. hurm.... hanya Allah saje yang tahu..

Tiada ulasan: