Jika sesat dihujung jalan,baliklah ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, Janganlah berpatah balik. Teruskan perjalananmu..
Sabtu, 31 Disember 2011
SELAMAT DATANG 2012!! Bermulalah tahun saya yg sibuk.......anak yg sulong dh masuk sekolah kebangsaan. Apa yg sibuknya?? Yela...bila anak dah mula sekolah..pagi2 nak kena anta anak pergi sekolah,pastu pergi beli lauk,balik nak mengemas rumah..buat kerja rumah,memasak,bukannya sebelum ni tak mengemas,tak memasak,tapi sebelum ni anak sekolah pagi je..Itupun upah orang yang anta dia pergi dan balik sekolah tadika.Tapi tahun ni encik suami suruh saya yg anta dan ambik anak sekolah..Suruh belajar katanya..sampai bila nak upah orang,sedangkan saya duduk dirumah je.Tak bekerja.Dia upah saya pulak..hakhak.Biasanya saya masak lambat..lori ikan pukol 1.30 baru sampai kat depan rumah.Dekat pukol 3 baru makan tengahari.Tapi tahun ni startla kena masak awal.Tengahari nak kena ambik anak balik sekolah lagi.Balik sekolah dia nak mkn sebab pukol 2 nak kena pergi sekolah agama pulak..Sekali lagi nak kene anta ank pergi sekolah.Petang pukol 5 kene keluar lagi ambik anak balik sekolah ...Huh..dapat bayangkan...kehulu kehilir la saya start tahun ni.Sebenarnya saye ni jarang keluar rumah..beperap je dalam rumah.Kalau keluarpon keluar pergi jalan dgn family..Bukannya tak bargaul dgn jiran...Jiran2 semua ok,tapi boleh dikiralah dalam sebulan tu adela 3 atau 4 kali keluar petang sembang2 dengan jiran jiran.Bukannya tak suka bersembang dgn jiran..masalahnya suami balik kerja petang..jadi petang nak kene ada dekat rumah.Nanti encik suami balik nak mkanla,nak air panasla.Dia tak kisahpon kalau saye pergi lepak2 dgn jiran2.Pernah sekali tu encik suami balik kerja lambat,jadi saya pergila bersembang kat rumah depan tu.Bile encik suami balik je cepat2 saya balik sebab pk nak uruskan makan dia.Tapi encik suami suruh saya pergi semula bersembang..hehe.Pastu siap warning lagi..kalau dia balik kerja dan saya tgh duduk bersembang dgn jiran,jangan terus balik rumah..dia suruh lepak je.haha..pelik betul.Dia tak nak nanti jiran2 ingat dia tak bagi saya keluar bersembang.Sebenarnya saya lebeh suka duduk dirumah dengan encik suami.hehe.Oklah..tak tau dah nak celoteh apa.Semoga tahun 2012ni lebeh baik,lebeh indah dari tahun sebelumnya....BYE BYE 2011.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan