Jika sesat dihujung jalan,baliklah ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, Janganlah berpatah balik. Teruskan perjalananmu..
Khamis, 24 November 2011
Seorang lelaki memasuki sebuah restoran.Amin ,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurakn menu.
"saya orang buta dan tak boleh bace menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya.Dari situ nanti saya tahu masakan apa yg enak untuk dipesan,"kata lelaki buta itu.
Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut.Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata,"saya pesan ikan pari dan sayur masak asam pedas bang.."dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.Beberapa hari kemudian lelaki tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium.Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata,"bau sudu ini sedap juga,seperti habes diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan."Amin mengiyakannya dan si lelaki buta itu memesan makanan tersebut.Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.Dia datang lebih awal ketika belum ada satu pengunjunpun yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.Entah dari mana datangnya,tiba-tiba sifat nakal bodoh amin muncul.Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur.Diberikannya satu sudu dan berkata."Yati,garu ketiak kamu""Apa apalah abang ni?"tanya Yati tak faham."Sudahlah,ikutjelahhhh,untuk memajukan restoran kita."kata Amin. Setelah memaksa,Yati menurut,mengusapkan sudu tersebut diketiaknya dan menyerahkan kepada Amin.Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang sedang menunggu.Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata....."aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja disini...boleh saya jumpa dia?" Amin:?????????kuang..kuang..kuang..sesungguhnya cinta itu buta.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
haha, amin agak tak senonoh, tetapi cinta itu mmg buta, sampai bau ketiak pun boleh cam @.@
Catat Ulasan